Ahad, 30 Jun 2013

Projek Santan Segar

  Di Malaysia, santan sangat popular ini disebabkan semua jenis makanan dan sebahagian minuman menggunakan santan.
       Santan yang paling baik adalah santan yang tidak dicampur dengan sebarang bahan pengawet, air atau pun sebarang bahan kimia.
       Kami pernah diberi tahu oleh pegawai pertanian mengenai bahan yang di campur pada santan boleh menyebabkan daya tahan dan rasa asli santan itu hilang.
    Kami menghasilkan santan dengan sistem tempah dan buat. Alhamdulillah sehingga hari ini pelanggan masih lagi setia bersama kami.

Dodol Tradisional SYH Santan Sg Manik

Selain santan dan kerisik, kami juga ada membuat dodol. Dodol adalah produk yang pertama kami hasilkan. Dodol kami telah hasilkan 15 thn lbh dulu dari santan dan dodol.
     Dodol yang kami hasilkan adalah dodol tradisional, baik cara pembuatan hinggalah resepinya. Dodol yang ksmi hasilkan tidak mempunyai sebarang bahan pengawet.
    Ianya betul- betul asli dan tradisional.

Isnin, 24 Jun 2013

Projek Kerisik SYH Santan Sg Manik

Syarikat SYH Santan Sg Manik juga ada menghasilkan Kerisik Asli. Kerisik Asli yang di keluarkan oleh Syarikat SYH Santan Sg Manik adalah kerisik yang ditumbuk dengan menggunakan lesung. Kami menggunakan lesung adalah bertujuan untuk mengekalkan rasa keaslian kerisik itu sendiri. Sekiranya kerisik yang ditumbuk menggunakan lesung akan menghasil satu aroma kerisik yang asli. Kami tidak mencampurkan minyak untuk memastikan kerisik itu berminyak. Sebaliknya apabila kerisik yang ditumbuk lumat secara semula jadinya kerisik itu menghasilkan minyaknya sendiri.